CONTOHI PERISTIWA 1990 YANG BERLAKU DI KELANTAN.
-Rakyat tidak boleh di bodohkan lagi.
- Contohi cara bagaimana kami tumbangkan BN
Ini adalah contoh berdasarkan kisah sebenar yang berlaku di kampung saya dan ciri-cirinya agak sama dengan Sarawak.
Kampung saya terdiri dari kelompok kira-kira 60 buah rumah yang terpisah kira-kira 400 meter dengan kampung lain. Perhubungan antara penduduk kampung sangatlah erat dan baik sekali. Pada asalnya hanya 5% menyokong PAS, tapi pada pilihan raya 1985 ia bertambah menjadi 15%.
Sebelum pilihan raya 1990, iaitu setelah wujud Semangat 46, orang kampung mulai bercakap mengenai politik, walau pun sebelumnya kami tidak ambil kisah parti mana yang hendak disokong.
Saya mempunyai 6 beradik yang semuanya lelaki dan keluarga kami agak dihurmati dan disegani. Setelah berlaku penamaan calon tahun 1990, kami adik beradik dan beberapa orang kampung berbincang dan keputusannya ialah:
- Nampaknya sekarang ini Mahadhir telah main gila, dia tidak sama dengan PM dahulu, dia buat projek besar untuk dapat duit komisyen untuk diri dan keluarga, rasuah kuasa, banyak berlaku zalim, cara bercakapnya banyak terpesong dari Islam jadi kita ambil keputusan yang semua orang kena undi PAS dan menyokong mana-mana parti yang lawan Mahadhir misalnya semangat 46.
Kita belajar agama dan sejarah. Kalau zaman dahulu, orang berperang menggunakan senjata kerana nak menjatuhkan pemimpin yang zalim, tapi sekarang dengan mengundi. Dari segi agama hukumnya adalah sama di antara kewajipan berperang dan mengundi.
LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH KAMI LAKUKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Keesokan harinya kami berbisek dengan mana-mana orang kampung yang kami temui tentang apa yang patut dibuat iaitu lawan Mahadhir. Perhubungan hanyalah dengan berbisik (slow talk) dan semuanya memberi kesanggupan kerana hubungan kami yang erat.
- Jangan bagi orang nampak keputusan kita, hadiri program UMNO, bermesra dengan pemimpin mereka, ambil pemberian mereka dan tampal postal dacing banyak-banyak.
- Pada malam sebelum pilihan raya, ada 3 kenderaan dari BN yang akan mengangkut pengundi dan hanya satu dari PAS.
- Kita beri arahan kepada pemandu setiap kenderaan BN supaya mana-mana orang yang naik keretanya diingatkan sekali lagi supaya lawan Mahadhir dan sokong PAS. Ada juga yang terkejut kerana tidak mendapat makluman awal dan berkata `bagaimana jadi begini, naik kereta dacing tapi suruh pangkah bulan’ kata pemandu, `kita sekampung telah berpakat begitu, lagipun saya diupah hanya untuk memandu kereta, tapi tidak ada upah untuk berkempen, jadi saya bebas berkempen.
Pada hari mengundi, pemandu 3 kenderaan ini mengambil duit minyak dari orang BN, ambil makanan dan minuman dari khemah BN sehingga tamat waktu mengundi pukul 5 petang.
Lepas pukul 5 petang, bendera BN pada kenderaan tadi dibuang dan diganti dengan PAS dan Semangat 46. Orang kampung lain terbelalak mata melihatnya macam tak percaya. Saya dan beberapa orang naik kenderaan ini pusing kawasan pilihanraya sebelum undi dikira.
Kata pemilik kenderaan, kenderaannya untuk disewa, dan tempoh BN sewa telah tamat pukul lima. Sekarang ikut suka dia nak buat apa. Katanya padan muka BN, mereka tak pernah kenal pun kita, datang pun hanya bila nak pilihan raya.
Keputusan pilihan raya, kawasan saya yang sebelumnya dimenangi BN telah bertukar kepada PAS dengan majoriti tiga ribu lebih. Menteri besar ketika itu Dato’ Mohamad b Yaakub telah dikalahkan seorang ustaz Sekolah Agama Rakyat yang gajinya hanya RM250.00, begitu juga semua menteri kabinet semuanya tumbang kerana keputusannya 49-0.
Walau pun undi itu tidak siapa yang nampak, maklumat yang kami terima, dari 60 buah rumah hanya 3 rumah yang kekal menyokong BN.
Selain dari pakatan secara senyap sesama penduduk , faktor kekalahan ialah setelah 14 tahun BN memerintah, tidak ada apa pembangunan atau perubahan yang dibuat. Antara yang paling dimarahi ialah membatalkan pembinaan Universiti Islam di Tangok, Bacok yang mana tanah telah dibayar dan pagar telah dibina. Orang Kelantan sangat marah apabila bohong dan tidak akan memberi peluang kedua.
Selepas tahun 1990, orang Kelantan mulai pandai berpolitik. Jika kebaikan atau keburukan berlaku diperingkat kerajaan pusat akan memberi kesan kepada undi, begitu juga jika berlaku kelemahan diperigkat negeri. Pengaruh media kerajaan hanya berkesan di kawasan pendalaman yang rumah kediamannya terpencil dan penduduknya hanya bekerja semata-mata dan tidak ada untuk bergaul.
Pengundi di Kelantan bukannya pengundi fanatik PAS, tetapi pengundi yang berpendidikan. Contohnya PAS pernah hampir kalah di Kelantan dan menang hanya satu kerusi.
Kempen yang melampau oleh media kerajaan menyebabkan rakyat yang berpendidikan merasa muak dan mual dan terpaksa meletakkan IQ mereka pada tahap yang rendah untuk menonton TV atau membaca akhbar yang tidak ada integriti yang acapkali disaman kerana bohong.
kg alik mano nie? mmg sepakat la... respek..
ReplyDeleteRancangan wanita Islam Safiyya TV9 jauh daripada konsep Islam
kg asal kawe, tak boleh beritahu disini..
ReplyDeletememang rakyat kelantan bijak.org kedah,pulau pinang,perak &selangor sudah pandai berfikir seperti org kelantan.kini tibalah giliran rakyat sarawak pula.tunjuklah kekuasaan anda.
ReplyDeletesalam,kalu balik sokong Bn,xbijak juga..syok sendiri jah atas dunia sapa pemimpin mau ditukar-tuki..
ReplyDeleteaku tgh confuse...
ReplyDeletenak bg peluang kpd Ketua Menteri Islam yg Maksiat (rasuah etc) atau bg peluang kat ketua menteri bukan Islam yg blom diketahui pandangannya kepada Islam??
Islam di semenanjung ada status bumiputera... islam di sarawak berkongsi dengan non muslim... :D
Kerana peratus Islam hanya 30%, perlu ada giliran Ketua Menteri tiap beberapa tahun sekali, diberi kepada kaum-kaum utama... hanya pandangan
ReplyDeleteSemoga rakyat Sarawak semua ambil peluang yang terbaik kali ini tumbangkan kerajaan BN.
ReplyDeletebelum cuba mana tahu...yang dah ada 50 thn perintah, negara maju tapi saya rasa kualiti hidup rakyat makin rendah-inflasi..nilai lah sendiri...mengapa takut untuk berubah...5 tahun jer..takkan melayu hilang di duniaaa....negara jepun /amerika ubah kerajaan perkara biasa...ajer...baru pemimpin takut nak buat onar lebih lebih..kuasa di tangan rakyattt....jgn jadi sarawak..duit minyak belambak lambak..penduduk marhaen hidup 20 tahun ke belakang..buat malu pelancong , patut la pelancong ingat org malaysia masih duduk ats pokok...
ReplyDelete