JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Friday, April 8, 2011

Strategi untuk menang PRN Sarawak.

Tips bagi memenangi PRN Sarawak:

Salam perjuangan untuk rakan-rakan di Sarawak. Semoga perjuangan ikhlas tuan/puan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Ingatlah bukan mudah untuk berpolitik bagi situasi di Sarawak. Maksudnya perubahan politik tidak mudah berlaku seperti mana Kelantan contohnya.

Di Kelantan, hampir setiap isi rumah mesti ada yang berkelulusan Universiti. Bayangkan hampir 40% dari pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia adalah dari Kelantan sejak lama dahulu. Bagi Sarawak, kita bayangkan bagaimana PRK yang pernah diadakan dipendalaman Semenanjung. Mereka boleh dibeli, diugut, disogok, pemikiran mereka lemah dan rasa rendah diri dan tidak berharga.

Pakatan mempunyai peluang kerana Taib Mahmud masih bertanding, kalau tidak, peluangnya tidak akan ada lagi. Taib Mahmud merupakan bebah BN untuk pilihan Raya kali ini. Gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

Ingatlah, kita berdepan dengan negeri yang penduduknya hanya 30% Islam dan majoritinya pengundinya adalah dari pelbagai suku kaum orang asal yang bergantung hidup dengan sumber alam semulajadi.

Bayangkan bagaimana pemikiran mereka, yang mana mereka tidak kisah Taib Mahmud guna Roll Royce sejak 90an lagi.

Tumpukan berkempen di kawasan pendalaman. Kawasan Bandar insyaallah akan dimenangi pakatan, jangan buang masa dan tidak perlu risau.



15 TIPS UNTUK MENANG PRN SARAWAK - strategi, dan cara bertindak untuk kawasan pendalaman:

(Ini hanyalah pandangan peribadi semoga dapat membantu, insyaallah)
1. Anggaplah maklumat melalui internet seolah-olah tidak wujud bagi mereka.

2. Maklumat yang mereka terima hanya melalui TV, bayangkan...

3.  Sedarlah betapa susah untuk menang diluar bandar kerana mereka dipengaruhi oleh dakyah TV.

4. Jangan buang masa berkempen untuk isi rumah yang ada ahlinya berpendidikan Universiti, kerana mereka kebanyakannya menyokong pakatan.

5. Orang dewasa yang tidak berpelajaran tidak begitu berganjak dari pendiriannya untuk menyokong mana-mana parti kecuali jika menggunakan penduduk tempatan yang mereka segani.

6. Orang yang disegani masyarakat biasanya telah dibayar wang oleh BN, tapi beritahu mereka yang undi mereka tidak ada siapa yang nampak. Contohi Kelantan, bagaimana mereka menang 49-0, berapa banyak wang yang diberi, mereka ambil, tapi undinya belum tentu siapa.

7. Tunjukkan kekayaan Taib Mahmud dan keluarga serta Adun-adun lain mengunakan gambar, atau peta lokasi tanah milik kroni.

8. Bagi BN, jika sesaorang Adun yang menang bererti kekayaan, itulah tujuannya mereka bekerja keras.

9. Gunakan risalah bercetak yang ringkas dan mudah difahami.

10. Kurangkan isu-isu agama walau pun dikalangan orang Islam kerana pengetahuan agama mereka agak kurang dan masa begitu singkat.
11. Pelbanyakkan isu menegak keadilan dan membenteras kezaliman.

12. Jelaskan bagaimana Semenanjung telah dimenangi Pakatan.

13. Selalu bermesyuarat, berbincang dan mengatur strategi. Tanpa strategi banyak usaha akan sia-sia

14. Gunakan sepenuhnya maklumat dari Sarawak Report, cetak dalam bahasa Melayu dan Iban. Save dalam komputer kerana web-site ini akan kena hacked walau belanja untuk hacked itu besar.

15. Save pages from Sarawak report, tayangkan secara off line kepada penduduk. Make a slide shows of Taib properties. Ini belum termasuk juak juaknya.

Semoga ini dapat memberi sedikit peringatan dan bantuan. Selamat berjuang.
















The Land and Survey Department's own recent totals, showing how many land titles it has 'sold', the total number of hectares and the premium received - a mere RM 730 million for a land mass about 20 times the size of Singapore!

Harta Taib Mahmud di Canada, USA, Australia, England berjumlah puluhan bilions.











1 comment:

  1. Jadikan gambar-gambar harta Taib sebagai gambar poskad untuk dihadiahkan kepada pengundi.

    ReplyDelete

Sila buat komen