JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Sunday, April 17, 2011

Mengapa Pas layak untuk kalah di Sarawak

Why Pas deserve to loose

Apabila masuk waktu berkempen iaitu selepas penamaan calun, penat juga saya menulis iaitu STRATEGI UNTUK MENANG PRN SARAWAK, rupanya idea saya tidak selari dengan strategi Pas dan telah dipandang remeh dan tidak penting oleh Pas. Saya selalu kecewa dalam hal ini, kerana idea saya kepada Pas seperti yang telah lepas telah biasanya ditiru dan dipraktiknya oleh BN bukannya Pas.

Lihatlah apa yang saya sarankan telah benar-benar berlaku.

Saya juga kecewa dengan Zentrum yang begitu jauh tersasar.

Saya ambil petikan dari tulisan saya untuk renungan walaupun ianya tidak berguna lagi buat masa ini. Fahami dan tafsirkan ayat yang ditulis.

Ingatlah bukan mudah untuk berpolitik bagi situasi di Sarawak. Maksudnya perubahan politik tidak mudah berlaku seperti mana Kelantan contohnya.

Bagi Sarawak, kita bayangkan bagaimana PRK yang pernah diadakan dipendalaman Semenanjung. Mereka boleh dibeli, diugut, disogok, pemikiran mereka lemah dan rasa rendah diri dan tidak berharga.


Pakatan mempunyai peluang kerana Taib Mahmud masih bertanding, kalau tidak, peluangnya tidak akan ada lagi. Taib Mahmud merupakan bebah BN untuk pilihan Raya kali ini. Gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.


Bayangkan bagaimana pemikiran mereka, yang mana mereka tidak kisah Taib Mahmud guna Roll Royce sejak 90an lagi.

Anggaplah maklumat melalui internet seolah-olah tidak wujud bagi mereka.

Maklumat yang mereka terima hanya melalui TV, bayangkan...

Sedarlah betapa susah untuk menang diluar bandar kerana mereka dipengaruhi oleh dakyah TV.


Tunjukkan kekayaan Taib Mahmud dan keluarga serta Adun-adun lain mengunakan gambar, atau peta lokasi tanah milik kroni.

Gunakan risalah bercetak yang ringkas dan mudah difahami.


  PRU 1990 di Kelantan dulu, maklumat kempen di letak di masjid, pada wiper kereta,
  kotak pos dirumah-rumah, diberi kepada pemandu di stesyen minyak dll. Perang poster
  hampir tidak ada waktu itu.


Selalu bermesyuarat, berbincang dan mengatur strategi. Tanpa strategi banyak usaha akan sia-sia


Gunakan sepenuhnya maklumat dari Sarawak Report, cetak dalam bahasa Melayu dan Iban. Save dalam komputer kerana web-site ini akan kena hacked walau belanja untuk hacked itu besar.

Sarawak report telah kena hacked beberapa jam setelah artikel saya disiarkan.

No comments:

Post a Comment

Sila buat komen