JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Tuesday, April 12, 2011

Sarawak Report telah kena godam (hacked)

Setelah saya siarkan artikel `strategi memenangi PRN Sarawak', dan beritahu yang laman web Sarawak Report akan kena hacked, ianya benar-benar berlaku beberapa jam kemudian.

Ia menggunakan teknik DDOS (Distributed Denial Of Service Attack). Teknik ini  mereka menggunakan robot untuk mengasak masuk software bagi memenuhi server. Teknik inilah juga yang digunakan untuk menyerang dan melumpuhkan Wikileaks sedikit masa dahulu. Upah untuk melakukannya adalah mahal, tapi wang tidak jadi masaalah bagi mereka..

Sekarang telah masuk hari keempat Sarawak Report kena hacked. Ini kerja bodoh, kerana kita tidak dapat menutup kebenaran kerana terlalu mudah untuk dibuktikan.

Untuk beroperasi, sekarang ini Sarawak Report terpaksa berpindah randah untuk bertahan sehingga hari mengundi. Antara laman web alternatif yang di buat ialah, anda boleh klik disini atau disini.

 

No comments:

Post a Comment

Sila buat komen