JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Saturday, May 29, 2010

Tulisan Jit Pak Da dalam komen

Blogger Jitpakda said...
Salam.....namapaknya sayalah orang pertama yg menjadi pengikut Kg Tendong. Nak tumpang nota kuliah .... Majlis Ilmu di Masjid SPU Rabu 5/5/2010 ( selepas solat Maghrib) Penyampai : Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan Nota Dicatat oleh : Abdul Aziz Ismail (klik untuk baca seterusnya)  Pengajian Hadis : Balasan kepada sifat sombong dan takbur ( Hadith ke -130 : Kitab Al-Iman Sahih Muslim, Jabatan Ugama Islam Johor) عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ  فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ رَجُلٌ اِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ قَالَ اِنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْلِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ Dari Abdullah bin Mas'ud katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Tidak akan masuk syurga barang siapa yang ada di dalam hatinya sebesar zarah dari sifat takbur." Berkata seorang lelaki : "Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus." Bersabda lagi Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya Allah itu indah (cantik) dan menyukai keindahan (yang cantik)" "Takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain." Hadis sahih riwayat Muslim Ulasan : Definasi sombong: menolak kebenaran dan menghina orang lain -amalan sombong dan takbur ( sifat mazmumah) adalah sifat keji yang dilaknat dan sesuai mendapat balasan neraka. -Takbur adalah sifat Allah : Maha hebat, Maha agung, Maha kuat, Maha gagah dan tidak layak sama sekali dimiliki oleh manusia ( bukan sifat manusia). - Takbur adalah syirik tersembunyi yang menghalang rahmat Allah. - Ujub : berasa hairan dengan diri sendiri. 3 perkara yang membinasakan di dunia dan akhirat: 1. orang yang terlalu mengikut kehendak hawa nafsu 2. orang yang terlalu kedekut - wang ringgit , tenaga , idea 3. orang yang kagum dengan diri sendiri (ujub) - sombong adalah penyakit hati dan jika memilikinya sebesar zarah sekali pun tetap dihumban ke neraka Allah. Surah An Nisa ayat 30 bermaksud : "Allah tidak suka orang yang sombong, takbur dan membanggakan dirinya." - Takbur dan sombong menghalang : -sifat tolong menolong sesama manusia -perasaan kasih mesra sebaliknya menimbulkan rasa benci sesama manusia - Takbur dan sombong tidak mendatangkan apa apa keuntungan hanya memimpin manusia menurut hawa nafsu semata- mata. -Berpakaian kemas / mahal tidak dianggap sebagai sombong sebaliknya digalakkan untuk memperelokkan imej. - Umat Islam perlu mengekalkan kecantikan, menjaga kebersihan diri, berpakaian kemas, berkenderaan yang baik dan juga menjaga alam sekitar. Ciri asas sombong: 1. menolak kebenaran Al-Quran dan Hadis - secara terang-terangan : sebagai contoh menolak hukum hudud keatas zina, minum arak - secara berdalih : untuk menjaga kepentingan diri sendiri - dengan niat : tidak yakin dengan hukum Allah 2. menghina sesama makluk dan menganggap diri sendiri mulia. Kesimpulan: Manusia perlu menggunakan nikmat akal yang dikurniakan Allah untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk dan secara waras menentukan yang hak dan bathil supaya tidak tergolong dalam kelompok orang yang sombong. (Jika berlaku kesilapan semasa mencatat kuliah ini harap tegur kesilapan tersebut) ....sampaikan lah ilmu walaupun sedikit
May 24, 2010 5:07 PM

1 comment:

  1. Assalamulaikum,
    Sombong adalah merupakan penyakit hati yang sangat dibenci oleh Allah, mengapakah manusia boleh bersifat sombong sedangkan semua nikmat yang diperolehi didunia ini adalah dari Allah? Terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita dan sepatutnya kita bershukur kepada Nya dan bukannya bersifat sombomg... nikmat yang paling hebat ialah nikmat Islam...nikmat inilah yang membolehkan kita mengenal Allah dan dapat membezakan yang baik dan yang buruk ,..dosa dan pahala...syurga dan neraka ..tanpa nikamt ini apalah erti kehidupan...berapa banyak manusia yang kafir dan tidak diberikan hidayah oleh Allah untuk menerima Islam...kita yang diberikan Islam seharusnya bershukur dan tidak bersifat sombong kerana sombong boleh memusnahkan semua kebaikan, sombong adalah siakp tidak ikhlas, dan tidak ikhlas boleh menjadikan semua amalan tidak diterima oleh Allah.... wallahualam

    ReplyDelete

Sila buat komen