JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Wednesday, May 12, 2010

KEPADA RAKAN JENAN DAN YANG SEANGKATAN

Tahun ini (2010), saya dan rakan seangkatan berumur 55 tahun. Kita telah hidup selama 55 tahun iaitu tiga per empat dari purata usia manusia. Menjelang usia 70 tahun, jika diadakan reunion, pada kebiasaannya bilangan rakan-rakan kita akan tinggal separuh sahaja kerana telah meninggal dunia. Ini adalah hakikat kehidupan sejak dahulu kala, yang hidup mesti mati. Bersyukurlah kita kerana telah hidup dengan agak lama.

(sila klik utk baca seterusnya)



Telah banyak usaha dibuat, termasuk belajar di Jenan demi untuk mencapai kejayaan hidup. Bila tamat perkhidmatan samada pencen atau tidak beerti berakhirnya segala pangkat dan kedudukan dan habuan pendapatan hasil daripada usaha keras kita. Inilah antara fasa geraf kita yang menurun yang merupakan `fact of life'. Janganlah dicuba untuk menipu diri sendiri yang hidup ini masih panjang atau kita tidak mati, yang mati hanya orang lain.

Bagi kebanyakan manusia yang telah mati, mereka meraung supaya dihidupkan semula agar dapat beribadat kepada Allah. Apakah itu ibadat sebenarnya. Bagaimanakah cara menjalani kehidupan yang dikehendaki Allah.

Kita bahagikan masa kita iaitu satu bahagian untuk keluarga (ia merupakan ibadat), satu bahagian untuk mencari rezeki (ia merupakan ibadat) dan satu bahagian untuk membuat ibadat kepada Allah dan satu bahagian untuk berehat(tidur).

Kesimpulannya semua yang kita lakukan merupakan ibadat asalkan di niatkan kerana Allah bukan kerana mahu harta, pangkat, mahu bermegah, mahu dikenali ramai dan lain-lain. Jika kita telah mencari rezeki selama 30 tahun tapi dengan tujuan mendapat kemasyuran dunia dan bukan mencari rezeki untuk keluarga atau berkhidmat membantu manusia lain, maka kita tidak mendapat apa-apa pahala. Bunyinya mudah, tapi akibatnya amat parah.

Saya ingin membincangkan tentang membuat ibadat kepada Allah, dimana sedikit sahaja yang tidak meraung supaya dihidupkan semula. Sebagai orang Islam, kita hendaklah sentiasa menganggap bahawa ibadat kita belum sempurna, ilmu kita belum sempurna dan akhlak kita belum sempurna. Jika kita menganggap segalanya kita telah sempurna, bermakna kita tidak berada pada landasan Islam.

Ingatlah bilangan yang berjaya masuk syurga itu amat sedikit. Dari jumlah yang sedikit itu 80% lelaki dan 20% perempuan. Semasa israq mikraq nabi melihat setelah 4 orang lelaki baharu seorang perempuan masuk syurga dan kebanyakan terdiri dari orang miskin.

Nabi kita ditanya oleh sahabatnya apakah itu Islam, jawapannya akhlak yang baik. Sahabatnya mengulangi pertanyaan sehingga tiga kali dan jawapannya tetap sama iaitu akhlak yang baik.

Ini menunjukkan Islam ialah cara hidup. Jika kita ke Mekah setiap tahun, atau terus tinggal di Mekah dan bersembahyang di Masjidil Haram sepanjang masa, tidak menjamin kita masuk syurga jika tanggung jawab kepada manusia lain tidak dilaksanakan.

Antara sifat ahli syurga ialah berbuat baik serta membantu jiran dan semua orang, termasuk orang yang berbuat jahat kepada kita. Jika kita berdoa kepada jiran atau orang Islam lain, Allah akan perintahkan satu malaikat berada diatas ubun-ubun kita untuk berkata `begitu juga engkau'.Misalnya kita berdoa , ya Allah berikan kesenangan kepada Ali (jiran) dan malaikat akan berkata `begitu juga engkau' (ditujukan kepada yang berdoa). Ingatlah doa malaikat tidak ditolak oleh Allah.

Dalam satu hadis, seorang perempuan yang kuat beribadat, ibadatnya sempurna rukunnya, tidak pernah tinggal sembahyang malam, tetapi tidak pernah ambil tahu tentang jirannya, Allah mengharamkannya masuk syurga.

Ini bermakna jika kita menjalani kehidupan sekitar dalam pagar rumah kita iaitu berurusan dengan isteri dan anak-anak, kereta kita, kelengkapan rumah kita dan pokok bunga kita beerti kita berada dilandasan yang salah.

Pastikan orang ramai menyukai kita dan melabel kita sebagai orang baik, kerana jika manusia suka kepada kita, Allah juga menyukai kita.

Pastikan ibadat sembahyang kita sempurna. Jika kita tidak tahu makna bacaan dalam sembahyang, kita akan sembahyang seperti orang dalam keadaan mabuk. Bacaan dalam sembahyang yang bukan ayat AlQuran, jika tidak tahu makna, tidak akan memberi sebarang pahala seperti bacaan semasa ruku' dan lain-lain.

Terdapat satu peristiwa iaitu seorang wartawan dari Malaysia bersembahyang di sebuah masjid di negara Cina. Imam masjid tersebut bertanya sesuatu dalam bahasa Arab dan wartawan itu berkata ia tidak tahu bahasa Arab dan begitu juga 99% dari orang Islam di Malaysia. Imam tersebut terkejut yang amat sangat dan memohon diri untuk bersembahyang dan berdoa untuk rakyat Malaysia.

Ajarkan pelajaran agama kepada anak-anak sekurang-kurangnya fardhu ain. Berbincanglah tentang agama semasa waktu makan atau masa dalam kereta contohnya. Terdapat keluarga yang tidak pernah sentuh soal agama, hanya diharapkan ustaz disekolah. Misalnya kita pastikan anak-anak kita mandi wajib dengan cara betul, contohnya sewaktu meratakan air, kenalah duduk supaya air sampai dicelah punggung. Jika mandi wajib sambil berdiri, hukumnya tidak sah.

Sifat dengki menyebabkan semua pahala yang telah lepas hilang, dan kita dibangkitkan sebagai orang muflis.

Sifat bakhil menyebabkan ibadat kita tidak diterima Allah.

Sifat riak, boleh membawa kepada syirik kecil. Sifat riak atau sombong atau ego adalah sifat Allah dan manusia tidak boleh memilikinya.

Jangan sesekali putar belit fakta ugama supaya sesuai dengan kehendak diri kita tanpa belajar dari guru yang muktabar.

Bertaubatlah sepanjang masa. Jika dosa kita sebanyak buih dilautan sekalipun nescaya Allah akan ampunkan. Sekiranya didunia ini tidak ada orang yang membuat dosa, nescaya Allah akan ciptakan satu kaum lain yang melakukan dosa agar dapat diampunkan bila mereka memohon. Bagitu ramai orang yang banyak dosa telah mencapai tahap tertinggi iaitu kekasih Allah setelah bertaubat dan bila disebut namanya, digeruni para malaikat dilangit.

Jika anda melakukan dosa yang tak boleh diampunkan kerana berkait dengan manusia lain seperti rasuah wang, rasuah kuasa, rasuah masa, menipu, mencuri dan lain-lain, janganlah berputus asa dengan Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Jika melibatkan harta awam, kembalikan kepada hak awam. Jika hak individu, tetapi malu untuk mengembalikannya, bersedekahlah bagi pehaknya. Ini hanyalah suatu usaha, kerana dosa yang melibatkan manusia tidak akan diampunkan kecuali diselesaikan dengan manusia. Sebab itulah dosa mengumpat dianggap lebih besar daripada zina kerana tidak lepas taubat kecuali memohon maaf dengan orang yang diumpat.

Percayalah kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas mati dengan sebenar-benar percaya (beriman), seperti azab kubur, dibangkitkan semula, huru-hara padang mahsyar, dihisab, syufaat, kolam kausyar,titian siratul mustakim, syurga dan neraka. Bagaimanakah kita hendak masuk syurga jika kepercayaan kepada syurga dan kandungannya, kita tidak betul-betul percaya.

Cara hidup Islam merupakan kekuatan yang tiada tolok bandingnya yang sangat ditakuti oleh dunia barat. Arab Saudi yang mengamalkan undang-undang Islam, mempunyai kadar jenayah paling rendah didunia tidak boleh dipromosikan dalam mana-mana media.

Manusia yang paling tinggi nilainya disisi Allah ialah manusia yang paling banyak memberi guna kepada manusia lain.

Demikian sedikit pesanan kepada diri saya dan kawan-kawan.

2 comments:

Sila buat komen