JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Sunday, May 9, 2010

APAKAH ITU SEKULAR

Sekular bermula di Eropah sewaktu Eropah diperintah oleh pehak gereja(golongan agama). Oleh kerana agama Kristian telah diubah kandungannya mengikut kehendak paderi, pemerintahan gereja sangat zalim, ribuan telah dihukum bunuh, menyekat perkembangan sains dan lain-lain ilmu agar gereja terus berkuasa. Sekular direka oleh golongan pekerja untuk keluar dari pemerintahan golongan agama dimana paderi berkuasa hanya keatas hal gereja sahaja dan urusan lain seperti pemerintahan, undang-undang, perekonomian, pendidikan dan lain-lain urusan hidup adalah direka sendiri oleh manusia.
klik untuk baca seterusnya

Pemerintahan Islam sepenuhnya bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW , khulafa' Ar-Rashidin, Umawiyyah, Abbasiah hingga bangsa Tar-tar apabila beberapa cubaan memisahkan agama dari kehidupan tetapi gagal. Ratusan tahun Islam menjadi kuasa dunia dan Eropah telah berputus asa untuk mengatasinya. Sehinggalah Islam berjaya dipisahkan dari kehidupan (Islam separuh) menyebabkan orang Islam melalui keturunan mulai merempat. Selepas itu apabila setengah negara Islam dijajah dan diperintah oleh Eropah, fahaman sekular telah diperaktikkan dinegara-negara Islam sepertimana yang dilakukan keatas agama Kristian. Apabila Inggeris mula memerintah Malaya, sistem sekular ini telah diperaktikkan dan tidak diubah hingga kehari ini.

Islam adalah agama sebenar yang dijamin oleh Allah akan kekal tidak berubah hingga keakhir zaman. Jika kita berpandukan Al-quran dan sunnah dalam menentukan cara hidup adalah terjamin tiada kezaliman seperti berlaku pada agama Kristian pada zaman dahulu, bahkan akan mencapai kejayaan dan kegemilangan jika pemerintahan Islam diperaktikkan. Kalau pemerintahan Kristian tidak sesuai kerana kitab bible nya telah diubah dalam banyak bentuk, Islam pula adalah berlainan kerana tidak diubah dan sesuai untuk mana-mana zaman.

Sekular bererti kita memperaktikkan Islam dalam urusan ibadat sahaja dan urusan kehidupan yang lain adalah direka oleh manusia tanpa merujuk Al-quran. Beberapa bahagian kandungan Al-Quran contohnya seperti surah Al-Imran ayat 19(tentang akidah), surah Al-Nisa ayat 59 (tentang undang-undang perlembagaan), surah Al-Baqarah ayat 188(bidang sosial), surah Saba' ayat 15 (bidang politik) dan lain-lain surah yang diperintah Allah untuk menjalani kehidupan ini adalah ditolak oleh pemerintah.

Sekular dibina diatas dasar pemisahan agama dan negara . Undang-undang, sistem pendidikan, sistem ekonomi, direka mengikut fikiran manusia. Ini menyebabkan berlaku menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Islam adalah syariat yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Fikiran manusia janganlah dicuba-cuba untuk mengatasinya. Pemerintahan secara Islam tidak ada tolok bandingnya dan akan dapat diterima semua manusia termasuk yang bukan Islam dimana kehidupan akan aman, damai, maju dan disegani seperti di zaman pemerintahan Islam dahulu.

Sistem sekular (Islam separuh) akan melahirkan pemimpin yang jahil dan bodoh yang memerintah mengikut kehendak musuh-musuh Islam untuk menghapuskan kecintaan rakyat kepada Islam dan menggantikan kepada kecintaan dan semangat yang lain (kebangsaan, kebendaan,hiburan dan lain-lain.).Kejahilan dan kebodohan pemimpin sekular akan melahirkan peradaban manusia yang rosak, moral dan akhlak mereka runtuh dan juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia.

Di Malaysia, pehak pemerintah telah berusaha keras untuk mengekalkan sistem sekular. Penceramah agama hanya boleh menyentuh tajuk-tajuk tertentu sahaja. Khutbah Jumaat mesti ditapis. Usaha keras melalui TV , akhbar, Program Khidmat Negara dan lain-lain dilakukan agar ajaran agama tidak dipraktikkan dalam kehidupan dan secara halus berusaha agar golongan muda menjauhi masjid dan takut kepada Islam. Sukatan pelajaran sekolah diolah supaya sekular dikekalkan seperti mana semasa penjajah dahulu. Ilmu tentang jihad dan perkara-perkara yang membatalkan syahadah (membatalkan Islam) tidak boleh diajar atau dibincang dimana-mana tempat. Ilmu secara mendalam tentang cara menjalani kehidupan berpandukan Al-Quran dan sunnah seperti tempat orang rasuah hanya di neraka, riak, bakhil, dengki, kaedah berjiran dan lain-lain yang menyebabkan seluruh amalan kita terbatal tidak diberi keutamaan. Kita diajar tentang sembahyang, zakat, puasa, haji dan perkara yang membatalkannya sahaja.

INGATLAH ISLAM TIDAK BOLEH DITEGAKKAN TANPA MEMERINTAH NEGARA.

Sekularisma merupakan kufrun bawwahu (kekufuran yang nyata). Menerima kekufuran dan meredhainya hukumnya KUFUR dan SYIRIK yang keluar dari agama Islam.

INGATLAH DI AKHIRAT KELAK KITA BUKAN SAHAJA AKAN BERSAMA NABI KITA MUHAMMAD SAW TETAPI JUGA AKAN BERSAMA DENGAN PARA PEMIMPIN KITA SEMASA DIDUNIA. Jika pemimpin yang dilantik telah menghapuskan judi, kita yang melantiknya akan turut mendapat pahala. Jika pemimpin dilantik melakukan rasuah, kita akan ikut berdosa kerana kita yang melantiknya.

Kelantan telah memerintah secara Islam setakat mana yang tidak disekat oleh kerajaan pusat iaitu dari segi menghapus judi, arak, riba dan mempraktik pendidikan Islam di sekolah agama dan masjid-masjid, kebajikan kepada rakyat dan lain-lain. Rakyat Kelantan adalah peneraju dalam membekalkan modal Insan. Lebih kurang 40% dari seluruh pelajar IPTA dan IPTS adalah berasal dari Kelantan, selebihnya adalah kaum lain dan orang-orang Melayu dari negeri lain. Ekonomi Kelantan meningkat daripada tempat kedua terkebawah semasa pemerintahan BN kepada tempat keenam terkebawah, bermakna telah mengatasi lima negeri lain. Paras ini dijangka sedang menaik.

Sewaktu diawal penubuhan PAS, iaitu zaman Dato' Asri, sekular masih dikekalkan (memperjuangkan nasionalisma), tetapi ia berubah kearah perjuangan Islam sebenar di zaman TG Dato' Nik Aziz dan TG Dato' Hadi Awang. Adalah WAJIB semua orang Islam menyokong perjuangan Islam.Sesiapa yang menentang, menghina dan memperlekeh dalam apa jua bentuk sekalipun seperti percakapan, undi, media massa , contohnya semua yang terlibat untuk siaran TV bagi menyebarkan bahawa cara Islam akan gagal, Islam itu tidak sesuai, Islam itu `low class', memakai tudung kepala bagi perempuan tidak wajib adalah dianggap memerangi Islam yang hukumnya munafik yang bakal dicampakkan kedalam neraka tanpa hisab.

Janganlah kita berkehendakkan Islam selepas kita mati sedangkan didunia kita menolak Islam sebagai Addin. WALLAHHU`ALAM.

No comments:

Post a Comment

Sila buat komen