JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Sunday, May 9, 2010

SERTAI GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM DISELURUH DUNIA.

Kebanyakan negara-negara Islam diseluruh dunia masih diperingkat baharu terlepas dari belenggu penjajahan barat. Kesan dari penjajahan begitu mendalam. Ideologi sekular (pemisahan agama dari kehidupan) yang disemai oleh penjajah telah terlekat secara mendalam dalam fikiran rakyat negara yang dijajah. Mereka begitu mengagungkan apa sahaja yang dibawa oleh penjajah barat. Dari segi bahasa misalnya, bagi yang dijajah oleh Inggeris akan mengagungkan bahasa Inggeris, yang dijajah Belanda akan mengagungkan bahasa Belanda dan yang dijajah Sepanyol akan mengagungkan bahasa Sepanyol. Begitu juga cara berpakaian dan lain-lain cara hidup telah dipengaruhi secara mendalam. Jika ada negara yang dijajah Arab, tentunya mereka akan berpakaian cara Arab.


Golongan yang tidak terpengaruh ialah para bijak pandai bidang Agama Islam atau disebut Ulama yang tetap berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah nabi walau siapa pun yang menjajah mereka. Mereka ini merupakan super hero dan bergelar pewaris nabi yang tetap berjuang walau begitu kuat ditentang oleh golongan yang telah dipengaruhi sekular barat. Golongan yang paling kuat dipengaruhi sekular barat atau boleh dipanggil celupan barat ialah PEMERINTAH setiap negara yang dijajah. Oleh itu menjadi tugas yang amat berat kepada para Ulama kerana yang menentang mereka bukannya orang biasa tetapi para pemerintah negara masing-masing. Kembali kepada Islam sepenuhnya beerti orang Islam akan mencapai kejayaan secara menyeluruh. Inilah yang ditakuti oleh barat kerana jika hal ini terjadi, Islam akan kembali menjadi kuasa dunia seperti yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW hingga pemerintahan bangsa Tar Tar selama ratusan tahun. Pada waktu tersebut, orang barat telah berputus asa untuk mengatasi orang Islam dalam apa-apa bidang sekali pun.



KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA.



Secara ringkasnya dikemukakan beberapa peristiwa yang terjadi untuk menjadi renungan kita bersama.



Bermula pada tahun 1965 apabila sekolah menengah Melayu diujudkan, sekolah agama menghadapi zaman gelap dan ada yang ditutup kerana ketiadaan pelajar. Pakaian pelajar perempuan disekolah menengah Melayu ialah skirt paras lutut dan yang lelaki seluar pendek iaitu dari tingkatan 1 hingga 5.



Mulai tahun 1973 terdapat sebilangan kecil pelajar IPTA yang memakai tutup kepala dan mereka ini digelar `dakwah' kerana jenis tutup kepala yang menyerupai pendakwah Keristian(nun) yang belum pernah mereka lihat sebelum itu. Terdapat satu peristiwa lucu dimana satu forum diadakan di UPM Serdang , dihadiri semua pelajar dan tiga ahli forumnya termasuk timbalan Naib Cancelor yang semuanya tidak tahu Islam. Tajuknya ialah `Rasional atau tidak pemakaian tutup kepala'. Antara kata-kata Timbalan Naib Cencelor yang tidak boleh dilupakan hingga kehari ini ialah DONT TORTURE YOUR SELF (Jangan menyusahkan diri) , katanya Islam itu tidak menyusahkan tanpa merujuk kepada Al-quran dan sunnah kerana mereka langsung tak tahu. Pada waktu itu terdapat guru besar yang memecat murid perempuan di sekolahnya hanya kerana memakai tudung, jadi hal ini bukan sahaja berlaku di Turki tetapi juga di Malaysia. Suasana sekarang telah berubah, sekolah Arab aliran sains dan sekolah Tahfiz sains untuk melahirkan para profesional yang berugama, sangat mendapat sambutan di Kelantan.





KEBANGKITAN ISLAM DI LUAR MALAYSIA



Mulai awal tahun 80an terdapat pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran ke USA dan UK mulai memakai tudung kepala. Antara peristiwa lucu ialah ada pelajar Inggeris yang memegang tangan pelajar Melayu dan terus mencium tangannya kerana menyangka ia adalah pendakwah Keristian (Nun). Ada juga yang berani bertanya `adakah nun sekarang ini boleh memakai tudung kepala pelbagai warna. Bila diberitahu bahawa mereka adalah orang Islam, mereka berkata `rupa-rupanya masih ada lagi orang mengamalkan agama pada masa ini'. Jadi inilah yang berlaku apabila Sekularisma dipraktikkan keatas agama Keristian. Mulai tahun 80an tiada lagi syarahan agama Keristian di gereja pada hari Ahad kerana tiada sambutan. Paderi akan merasa gembira apabila ada majlis perkahwinan atau kematian kerana pada waktu itu sahaja gereja digunakan. Oleh kerana Keristian hanya tinggal nama di barat, mereka beralih ke negara membangun dan miskin agar Keristian tidak pupus. Ini juga bakal berlaku keatas orang Islam jika agenda Sekular diteruskan.



Tahun 80an juga menyaksikan hampir setiap universiti di Amerika mengadakan forum antara agama dan sambutannya amat luar biasa kerana perasaan ingin tahu tentang agama begitu mendesak. Diantara agama utama dunia iaitu Keristian, Islam, Buddha, Hindu dan Yahudi, kesemua hasil kesimpulan daripada forum tersebut merumuskan bahawa Islam adalah agama yang benar, ia dapat menjawab semua pertanyaan daripada peserta forum. Kesudahan forum amat memalukan ahli forum daripada agama lain kerana banyak soalan tidak dapat dijawab.Tetapi ini semua tidak disiarkan oleh media Amerika. Diantara sebab agama Keristian tidak benar ialah kandungan bible yang tidak sama antara gereja kerana diubah oleh paderi mengikut pendapat mereka. Terdapat beratus-ratus bible yang berbeza dan kalau diikutkan peraturan, pengikut suatu gereja tidak boleh kahwin dengan pengikut gereja yang lain. Yang kedua ialah tidak boleh diterima apabila terdapat dua tuhan iaitu `GOD AND SON OF GOD' (Tuhan dan anak tuhan). Dalam apa hal sekali pun tidak boleh ada dua pemerintah atau penguasa kerana akan berlaku kucar-kacir. Ahli forum yang paling popular waktu itu ialah Yusuf Islam (Cat Steven) , semoga Allah merahmatinya. Dari sinilah bermula begitu ramai orang diseluruh dunia yang memeluk Islam yang amat menakutkan dunia barat. Mereka bukan lagi menutup media tentang Islam, tetapi menggunakan media dan ketenteraan untuk menghalang kebangkitan Islam.



KESIMPULAN



Sertailah gerakan Islam, jangan sekali-kali takut, anda bukannya kesaorangan tetapi telah disertai oleh begitu ramai umat Islam dari seluruh dunia. Perbanyakkanlah diri anda ilmu tentang Islam . Dalam setiap pilihanraya, undilah parti yang menjuruskan kepada kebangkitan Islam walau di negara mana anda berada. Jangan sekali-kali berada di pehak yang menentang gerakan Islam kerana anda tergolong dalam orang munafik. Adalah menjadi kelaziman sejak zaman Nabi hingga sekarang, gerakan Islam akan ditentang oleh orang Islam sendiri. Kekuatan tentera, kekejaman dan tekanan yang dilakukan oleh barat, tidak akan melemahkan Islam bahkan menyebabkan Islam bertambah kuat dalam suatu jangkamasa kerana ini adalah ciri-ciri Islam apabila ditekan. Orang barat tidak mengetahui rahsia kejatuhan orang Islam iaitu, DUNIA ISLAM HANYA AKAN JATUH KERANA KEMEWAHAN DUNIA YANG MELAMPAU, HIBURAN DUNIA YANG MELALAIKAN DAN KECINTAAN KEPADA DUNIA SECARA TOTAL dan bukannya kekuatan tentera.



No comments:

Post a Comment

Sila buat komen