JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Saturday, May 8, 2010

salam

1st post

1 comment:

  1. Salam.....namapaknya sayalah orang pertama yg menjadi pengikut Kg Tendong.

    Nak tumpang nota kuliah ....
    Majlis Ilmu di Masjid SPU
    Rabu 5/5/2010 ( selepas solat Maghrib)
    Penyampai : Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan
    Nota Dicatat oleh : Abdul Aziz Ismail
    ---------------------------------------------
    Pengajian Hadis :
    Balasan kepada sifat sombong dan takbur
    ( Hadith ke -130 : Kitab Al-Iman Sahih Muslim, Jabatan Ugama Islam Johor)




    عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم



    قَالَ لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ



    ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ رَجُلٌ اِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ

    قَالَ اِنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْلِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

    Dari Abdullah bin Mas'ud katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Tidak akan masuk syurga
    barang siapa yang ada di dalam hatinya sebesar zarah dari sifat takbur."
    Berkata seorang lelaki : "Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan
    sandalnya bagus." Bersabda lagi Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya Allah itu indah (cantik)
    dan menyukai keindahan (yang cantik)"
    "Takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain."
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Ulasan :
    Definasi sombong: menolak kebenaran dan menghina orang lain
    -amalan sombong dan takbur ( sifat mazmumah) adalah sifat keji yang dilaknat dan sesuai
    mendapat balasan neraka.
    -Takbur adalah sifat Allah : Maha hebat, Maha agung, Maha kuat, Maha gagah dan tidak
    layak sama sekali dimiliki oleh manusia ( bukan sifat manusia).
    - Takbur adalah syirik tersembunyi yang menghalang rahmat Allah.
    - Ujub : berasa hairan dengan diri sendiri.

    3 perkara yang membinasakan di dunia dan akhirat:
    1. orang yang terlalu mengikut kehendak hawa nafsu
    2. orang yang terlalu kedekut - wang ringgit , tenaga , idea
    3. orang yang kagum dengan diri sendiri (ujub)
    - sombong adalah penyakit hati dan jika memilikinya sebesar zarah sekali pun tetap dihumban
    ke neraka Allah.
    Surah An Nisa ayat 30 bermaksud :
    "Allah tidak suka orang yang sombong, takbur dan membanggakan dirinya."
    - Takbur dan sombong menghalang :



    -sifat tolong menolong sesama manusia



    -perasaan kasih mesra sebaliknya menimbulkan rasa benci sesama manusia
    - Takbur dan sombong tidak mendatangkan apa apa keuntungan hanya memimpin
    manusia menurut hawa nafsu semata- mata.
    -Berpakaian kemas / mahal tidak dianggap sebagai sombong sebaliknya digalakkan untuk
    memperelokkan imej.
    - Umat Islam perlu mengekalkan kecantikan, menjaga kebersihan diri, berpakaian kemas,
    berkenderaan yang baik dan juga menjaga alam sekitar.
    Ciri asas sombong:
    1. menolak kebenaran Al-Quran dan Hadis



    - secara terang-terangan : sebagai contoh menolak hukum hudud keatas zina, minum arak



    - secara berdalih : untuk menjaga kepentingan diri sendiri



    - dengan niat : tidak yakin dengan hukum Allah
    2. menghina sesama makluk dan menganggap diri sendiri mulia.
    Kesimpulan:
    Manusia perlu menggunakan nikmat akal yang dikurniakan Allah untuk menentukan mana yang baik
    dan mana yang buruk dan secara waras menentukan yang hak dan bathil supaya tidak tergolong
    dalam kelompok orang yang sombong.

    (Jika berlaku kesilapan semasa mencatat kuliah ini harap tegur kesilapan tersebut)
    ....sampaikan lah ilmu walaupun sedikit

    ReplyDelete

Sila buat komen