JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Monday, March 28, 2011

Pandangan saya tentang cara membuat teguran

Sekiranya kita hendak membuat teguran atau rungutan hendaklah kita pergi kepada perkara pokok dan bukannya kepada ranting. Bagi yang hendak memburukkan pemerintahan ulamak misalnya mereka kata Kelantan pun ada zina, ada aids, banyak kerosakan moral, tandas kotor, tidak Islamik, rasuah dan sebagainya.

Ini samalah seperti semasa pemerintahan Sayyidina Umar bila anak lelakinya menerima jemputan di keramaian orang Yahudi, kemudiannya meminum arak, kemudian dalam perjalanan pulang berjumpa seorang gadis dan berlaku perzinaan. Dalam hal ini kita tak boleh memburukkan Islam atau Sayyidina Umar kerana anak Khalifah sendiri minum arak dan berzina.
Soalnya sekarang, yang sepatutnya kita tegur ialah adakah ujud undang-undang untuk menanganinya, adakah undang-undang dilaksanakan dengan adil, adakah ujud sistem pendidikan untuk mengawalnya sebelum terjadi. Jika semuanya sudah sempurna, maka kita tidak boleh memburukkan Islam, dan yang berlaku itu adalah faktor manusia dan sebab itulah manusia perlu kepada undang-undang, perlaksanaannya dan sistem pendidikan.

Dalam hal diatas, Islam ada undang-undangnya dan ada sistem pendidikan Islam seperti didalam Quran dan Hadith dan huraian oleh para ulamak dan Sayyidina Umar telah menghukum anaknya Abu Syahamah dengan seratus rotan. Anaknya telah meninggal dunia dan pada malamnya sahabatnya Ibnu Abbas telah bermimpi Abu Syahamah duduk dihadapan Rasulullah.

Bagi persoalan yang berlaku sekarang, misalnya kerosakan moral, perzinaan, buang bayi, dadah dan lain-lain, adakah kita gunakan undang-undang yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad SAW,  dan begitu juga sistem pendidikan, ekonomi, politik, sistem sosial, sistem moral dan lain-lain sistem. Arab Saudi, walaupun diperbesarkan media tentang kes-kes rogol dan jenayah, ia merupakan negara paling rendah kadar jenayahnya didunia dan ini tidak akan diperbesarkan oleh media yang anti Islam. Media Malaysia sepatutnya berperanan menyedarkan orang ramai tentang kebaikan undang-undang Islam atau Kelantan paling rendah pegawainya terlibat dengan rasuah atau Kelantan paling rendah kadar penganggurannya di Malaysia dan lain-lain lagi kerana ditadbir oleh ulamak, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

 Seorang guru berkata susahnya mengajar murid kerana bila pulang kerumah TV akan mengajar perkara lain. Masyarakat dan persekitaran akan mengajar perkara lain. Apabila undang-undangnya pincang, perlaksanaannya pincang, pendidikan dan lain-lain juga pincang, inilah yang patut ditegur, bukannya buang bayi atau buang sampah.

Kita tidak melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah misalnya mengnggap undang-undang yang direka manusia lebih sesuai dan lebih bagus dari yang dicipta Allah. Dalam sistem pendidikan pula, ia direka sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada Quran, Hadith dan para ulamak. Dalam banyak hal, meletakkan kedudukan manusia lebih pandai daripada Allah. Rasanya inilah antara punca kegagalan sistem yang perlu ditegur.

No comments:

Post a Comment

Sila buat komen