JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Sunday, March 13, 2011

MENGAPA SAYA MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM.

Berjuang untuk memertabatkan Islam itu mempunyai nilai yang amat tinggi disisi Allah. Kerana nilai yang tinggi itu, tidak ramai yang minat, menempuh pelbagai  kesukaran, kesengsaraan, kekalahan, tidak ada ganjaran material dan lain-lain ujian. Seperti yang kita belajar dalam sejarah nabi dan para sahabat yang menempuh pelbagai kesukaran, perkara yang sama juga berlaku untuk zaman selepas nabi iaitu zaman kita.

Allah mewajibkan kita  menyokong orang persaorangan atau pertubuhan yang memperjuangkan Islam walau dimana mereka berada dalam dunia ini dengan tenaga, nyawa dan wang ringgit atau sekurang-kurangnya doa. Jika hanya mengaminkan doa untuk para pejuang selepas solat Jumaat, tidak akan memberi makna apa-apa jika tidak ikhlas iaitu antara hati dan perbuatan.  Dalam ajaran Islam, jika langsung tidak ada niat untuk mati syahid, kita tak akan masuk syurga.


Apabila saya mula-mula ingin mempelajari Islam, saya dapati diri saya seperti seorang muallaf yang baru memeluk Islam dimana perkara yang diajar semasa disekolah dan oleh ibubapa adalah perkara yang sangat asas dalam fardhu ain. Setelah lama mengkaji, baharulah saya sedar bahawa kita berada dalam sistem pendidikan sekular. Ilmu Islam yang di wahyukan Allah kepada Nabi Muhammad itu tidak semuanya boleh diajar dalam sistem pendidikan kita.

Perkara yang bersabit dengan batalnya syahadah(batalnya Islam), terbatalnya ibadat (ibadat tidak diterima Allah), sifat orang munafik, kewajipan menegakkan aturan kehidupan mengikut Quran dan Hadith, kewajipan berjihat dijalan Allah dan banyak lagi tidak diajar kepada kita. Yang diajar ialah apa yang telah diubahsuai mengikut fikiran manusia.

Mengajar sistem yang direka ini menyebabkan umat Islam berpecah belah dan menjadi lemah. Ini belum lagi mengambil kira apabila manusia dihitung di hadapan Allah nanti.

Apabila ada orang yang menderma kepada satu pertubuhan atau gerakan Islam atau untuk membina masjid, ada orang yang memandang sinis kerana pengetahuan agama yang amat cetek sedangkan menderma itu satu ibadat yang amat besar disisi Allah.

Seperti yang kita maklum, penghuni Syurga itu amat sedikit bilangannya dan dari yang sedikit itu setiap 4 lelaki ada 1 perempuan (kiraan matematik lelaki 80% , perempuan 20%). Hanya mereka yang mati sebelum baligh dan yang mati syahid akhirat sahaja yang benar-benar dijamin masuk syurga.

Situasi di Malaysia.

Ilmu Islam telah berkembang dengan pesatnya walaupun terdapat usaha daripada oleh pehak media supaya orang muda dapat dilalaikan oleh hiburan. Internet memainkan peranan besar dalam menyebarkan kefahaman Islam.

Dizaman Tunku Abdul Rahman demokrasi telah dipraktik dengan agak baik supaya wujud keadilan semasa memilih pemimpin dan rakyat mendapat penerangan dan maklumat yang sebenarnya tentang pemimpin yang bakal mereka pilih. Wakil semua parti politik dibenarkan berkempen didalam radio, dan jumlah masanya pun sama agar berlaku adil untuk semua parti. Jika berkempen, Tunku tidak menggunakan kemudahan kerajaan misalnya menggunakan kereta sendiri, kerana kereta resmi Perdana Menteri adalah semasa menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan untuk parti itu tidak sama dengan tugas Perdana Menteri. Pada masa ini, media utama hanya dibenarkan untuk menyiarkan dakyah untuk parti yang menguasai kerajaan dan rakyat susah untuk mendapat maklumat untuk parti-parti yang lain. Dizaman Yunku, orang Melayu misalnya tahu apakah perjuangan yang dibawa oleh Parti Dayak di Sarawak, kerana ada slot berkempen di radio.

Situasi dunia.

Jika ada mana-mana negara yang dimenangi oleh gulungan yang ingin menegakkan Islam, akan dijatuhkan serta merta seperti melebelkan mereka sebagai pengganas dan media memainkan peranan memburukkan syariat Islam dengan menganggapnya zalim dan sebagainya. Bayangkan dalam dunia ini, hanya Kelantan sebuah negeri kecil yang diperintah oleh ulamak, itu pun berdepan usaha habis-habisan dari pelbagai sudut untuk menjatuhkannya supaya orang menganggap sistem Islam adalah sistem yang gagal.

Gabungan ketua-ketua negara didunia dibawah Freemason menganggap hanya Islam yang menyebabkan mereka gagal menguasai dunia. Penganalisis Freemason menamakan Yassir Arafat dan Hamid Karzaai sahaja disahkan menganggotai pertubuhan itu sementara Housni Mubarak tidak dapat disahkan secara rasmi.

Sejarah tentang bagaimana Islam menguasai dunia untuk jangkamasa yang begitu lama, tidak diajar dengan terperinci walau pun ianya sangat baharu berbanding sejarah Yunani dan Greek yang diajar secara terperinci dan dunia barat berusaha keras untuk menghapuskan sejarah kejayaan empayar Islam tersebut dari minda manusia.

Agama Allah diturunkan kepada nabi dan rasul yang sebelum Nabi Muhammad adalah mengikut kesesuaian masa dan keadaan serta khusus untuk kaum tertentu sahaja serta jarak masa yang agak singkat diantara Rasul. Ia ditujukan kepada kaum tertentu kerana perhubungan yang amat sukar pada masa dahulu. Masa tertentu pula adalah apabila hampir semua manusia pada zaman tersebut berada dalam keadaan sesat. Jarak masa yang pendek pula misalnya bapa seorang rasul, anaknya pun seorang rasul kerana masa dahulu manusia tidak pandai menulis, ajaran disampaikan dan diterima secara lisan dan ini menyebabkan ia senang berubah mengikut masa. Ugama untuk kaum Yahudi misalnya yang dinamakan Yahudi dan Kristian telah dibawa keluar dari negara yang dikhususkan untuk negara tersebut iaitu Yahudi untuk dikembangkan di Eropah dalam keadaan ianya telah diubah oleh pembawanya dan dinamakan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baharu.

Hanya Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah telah dibuktikan sesuai untuk semua zaman hinggalah berlakunya kiamat.

No comments:

Post a Comment

Sila buat komen