JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Monday, March 14, 2011

Fungsi media untuk parti pembangkang.


Jika anda seorang intelek, anda telah sedia maklum akan fungsinya iaitu supaya seluruh rakyat mendapat gambaran dan terpahat diminda bahawa semua parti pembangkang buruk dari segala aspek.

Bagi yang agak cerdik, hanya sedikit sahaja yang terpengaruh, kecuali yang memang ingin mencipta sebab supaya pembangkang itu buruk kerana mempunyai kepentingan atau tidak suka menggunakan kecerdikannya.


Saya ambil satu contoh iaitu memburukkan sesama Islam.  Bukti yang diambil ialah disiarkan dalam TV contohnya beberapa patah perkataan dari syarahan dan selebihnya mulut sahaja yang bergerak tapi suaranya tak keluar.  Kalau disiarkan semuanya maksudnya tidaklah demikian, sebab itulah tidak ada satu pun yang boleh dibuktikan dimahkamah atau dibawa kedalam perbincangan ilmiah. Syarahan sebenar akan keluar di laman web dan persoalan tersebut akan terdiam begitu sahaja. Sebab itulah debat antara Pas dan Umno telah dibatalkan oleh Umno, kerana akan membawa kerugian yang besar kepada Umno bukannya Pas. Yang dinyatakan oleh penceramah ialah hukum Allah, misalnya jika berkata dan beriktikad dalam hati bahawa `dalam hal politik tidak perlu ikut agama (politik suku agama suku) hukumnya seperti kita telah menolak Islam.

Kerajaan berkuasa penuh keatas media, bagaimana pun sokongan kepada kerajaan semakin merosot, kerana media tidak menyelesaikan masaalah pokok iaitu persoalan akidah jika Islam dibuang dalam politik, masaalah penyelewengan harta Negara, rasuah, keadilan misalnya kes Teo Beng Hock yang menyebabkan kehilangan banyak pengundi China.

Persoalan penting yang berkaitan prinsip yang ditimbulkan oleh Umno semuanya telah dijawab didalam Persidangan Dewan Negeri Kelantan dan bila telah habis dijawab, persoalan remeh temeh sahaja yang diajukan, ini perkara biasa dalam amalan demokrasi didalam dewan.

Hampir setiap hari, rumah Nik Aziz di kunjungi oleh para cerdik pandai samaada secara rahsia atau terbuka untuk mendapat penjelasan sebenar apabila keluar persoalan dalam media kecuali penyokong Umno mungkin kerana takut kehilangan Umno.

Nik Aziz adalah seorang manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan, tetapi kesilapan dalam Agama boleh dibawa ke mahkamah syariah, tapi mengapa satu pun tak ada.

No comments:

Post a Comment

Sila buat komen