JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Thursday, March 17, 2011

Kisah yang tidak diminati oleh setengah orang.

 

 





Kira-kira pada tahun 1988 seorang kawan saya iaitu Ustaz Mokhtar dari Pondok Kubang Bemban Pasir Mas telah  pergi menunaikan haji Ke Mekah. Beliau pergi seorang diri tanpa membawa isterinya ke Mekah.

Semasa di Mekah beliau mendengar satu berita, dimana King Fahd Arab Saudi telah diberi anugerah bintang kebesaran  oleh baginda Queen Elizabeth England. Dengan wajah yang berseri King Fahd bergambar dan gambar keluar dalam majalah Times versi Bahasa Arab. Apabila majalah telah berada dipasaran, baharulah sedar bahawa medal itu merupakan sejenis salib (salib itu ada beberapa bentuk)



Dalam keadaan panik King Fahd memanggil  semua mufti diseluruh Arab Saudi dan mengarahkan mereka mengatakan salib yang dipakai seperti dalam majalah itu bukan salib tetapi bunga. Mufti yang berada dalam keadaan diugut terpaksa mengaku ianya bunga kecuali seorang mufti dan ia telah dibuang dari jawatan mufti.

Mufti yang kena buang itu rupanya berasal dari Patani, Thailand tetapi telah menjadi warga Saudi. Ustaz Mokhtar yang berasal dari Thailand itu kenal bekas mufti berkenaan. Setelah selesai mengerjakan haji, Ustaz Mokhtar pergi  ketempat mufti berkenaan disuatu perkampungan, dimana ia mengajar agama sambil memelihara kambing dan kambingnya dijaga oleh murid-muridnya.

Bila tiba dikediaman bekas mufti berkenaan Ustaz Mokhtar beritahu ingin belajar ilmu darinya. Tapi dia kata `Mu tahu belako doh, aku nak ajar gapo ?' Setiap hari ustaz Mokhtar minta diajar sesuatu, tapi jawapannya sama. Setelah beberapa hari (saya lupa jumlahnya) ustaz Mokhtar pun ingin pulang ke Mekah semula. Semasa sedang memakai kasut untuk pulang, bekas mufti berkenaan berkata `Aku nok pese so yah ko mu, (aku nak pesan satu sahaja kepada mu) ikhlaslah dalam semua perkara. Ustaz pun pulang ke Mekah. Setelah selama beberapa hari, yang dapat ia belajar hanyalah sepatah perkataan iaitu ikhlas.

(Ustaz Mokhtar telah uzur dan masa ini masih mengajar di Pondok dan masjid, berkelulusan Ijazah Akademi Islam Nilam Puri, bekas pejuang pembebasan empat wilayah Thailand).

Kesimpulan yang diperolehi ialah:
1. Jika Mufti Arab Saudi yang gajinya sekitar Rial 30,000 sanggup menjual agama demi jawatan,
    kemungkinan mufti di Malaysia mungkin lebih lagi.
2. Untuk memahami dan mempraktik ikhlas itu amat susah rupanya. (Saya telah cuba belajar bertahun-tahun

   dipelbagai tempat untuk memahaminya. Saya syorkan cari guru yang mengajar kitab Hidayatul Salikin jika
   peringkat awal.)
Inilah cerita yang tidak diminati bagisetengah orang.

1 comment:

  1. sape mufti melayu tu? ko ingat zaman fahd tu zaman usmaniyyah ke??

    ReplyDelete

Sila buat komen