JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Tuesday, March 29, 2011

Apa kata bukan Islam tentang Islam

Dr. Bala

Bob Lokman di Besut, Terengganu.

Bob Lokman di Besut.

Pengalaman yang dikongsi Bob Lokman ini sebenarnya telah dialami oleh hampir semua orang Melayu Malaysia. Diharap video ini memberi faedah yang banyak kepada orang yang berfikir.

Monday, March 28, 2011

Pandangan saya tentang cara membuat teguran

Sekiranya kita hendak membuat teguran atau rungutan hendaklah kita pergi kepada perkara pokok dan bukannya kepada ranting. Bagi yang hendak memburukkan pemerintahan ulamak misalnya mereka kata Kelantan pun ada zina, ada aids, banyak kerosakan moral, tandas kotor, tidak Islamik, rasuah dan sebagainya.

Ini samalah seperti semasa pemerintahan Sayyidina Umar bila anak lelakinya menerima jemputan di keramaian orang Yahudi, kemudiannya meminum arak, kemudian dalam perjalanan pulang berjumpa seorang gadis dan berlaku perzinaan. Dalam hal ini kita tak boleh memburukkan Islam atau Sayyidina Umar kerana anak Khalifah sendiri minum arak dan berzina.

Sunday, March 20, 2011

WACANA PERDANA 18 MAC 2011









Pada hari Jumaat pukul 9.00 malam 18.3.1211 berlangsung wacana perdana bertajuk `PRU 13, Terancamkah Kuasa Melayu’ di KELANTAN TRADE CENTRE yang disiarkan secara langsung melalui laman web `mykelantantv, keseluruh dunia.

Ahli foram terdiri dari pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia, Abdul Azeez  Ab Rahim, Prof Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Naib Presiden Perkasa, satu dari Pas iaitu Ir. Khalid Ab Samad ahli Parlimen Syah Alam, Ahli Akademik Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah manakala Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff sebagai moderator.

Thursday, March 17, 2011

Kisah yang tidak diminati oleh setengah orang.

 

 





Kira-kira pada tahun 1988 seorang kawan saya iaitu Ustaz Mokhtar dari Pondok Kubang Bemban Pasir Mas telah  pergi menunaikan haji Ke Mekah. Beliau pergi seorang diri tanpa membawa isterinya ke Mekah.

Semasa di Mekah beliau mendengar satu berita, dimana King Fahd Arab Saudi telah diberi anugerah bintang kebesaran  oleh baginda Queen Elizabeth England. Dengan wajah yang berseri King Fahd bergambar dan gambar keluar dalam majalah Times versi Bahasa Arab. Apabila majalah telah berada dipasaran, baharulah sedar bahawa medal itu merupakan sejenis salib (salib itu ada beberapa bentuk)

Monday, March 14, 2011

Fungsi media untuk parti pembangkang.


Jika anda seorang intelek, anda telah sedia maklum akan fungsinya iaitu supaya seluruh rakyat mendapat gambaran dan terpahat diminda bahawa semua parti pembangkang buruk dari segala aspek.

Bagi yang agak cerdik, hanya sedikit sahaja yang terpengaruh, kecuali yang memang ingin mencipta sebab supaya pembangkang itu buruk kerana mempunyai kepentingan atau tidak suka menggunakan kecerdikannya.

Sunday, March 13, 2011

MENGAPA SAYA MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM.

Berjuang untuk memertabatkan Islam itu mempunyai nilai yang amat tinggi disisi Allah. Kerana nilai yang tinggi itu, tidak ramai yang minat, menempuh pelbagai  kesukaran, kesengsaraan, kekalahan, tidak ada ganjaran material dan lain-lain ujian. Seperti yang kita belajar dalam sejarah nabi dan para sahabat yang menempuh pelbagai kesukaran, perkara yang sama juga berlaku untuk zaman selepas nabi iaitu zaman kita.

Allah mewajibkan kita  menyokong orang persaorangan atau pertubuhan yang memperjuangkan Islam walau dimana mereka berada dalam dunia ini dengan tenaga, nyawa dan wang ringgit atau sekurang-kurangnya doa. Jika hanya mengaminkan doa untuk para pejuang selepas solat Jumaat, tidak akan memberi makna apa-apa jika tidak ikhlas iaitu antara hati dan perbuatan.  Dalam ajaran Islam, jika langsung tidak ada niat untuk mati syahid, kita tak akan masuk syurga.