JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Saturday, May 29, 2010

Tulisan Jit Pak Da dalam komen

Blogger Jitpakda said...
Salam.....namapaknya sayalah orang pertama yg menjadi pengikut Kg Tendong. Nak tumpang nota kuliah .... Majlis Ilmu di Masjid SPU Rabu 5/5/2010 ( selepas solat Maghrib) Penyampai : Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan Nota Dicatat oleh : Abdul Aziz Ismail (klik untuk baca seterusnya)

Wednesday, May 12, 2010

KEPADA RAKAN JENAN DAN YANG SEANGKATAN

Tahun ini (2010), saya dan rakan seangkatan berumur 55 tahun. Kita telah hidup selama 55 tahun iaitu tiga per empat dari purata usia manusia. Menjelang usia 70 tahun, jika diadakan reunion, pada kebiasaannya bilangan rakan-rakan kita akan tinggal separuh sahaja kerana telah meninggal dunia. Ini adalah hakikat kehidupan sejak dahulu kala, yang hidup mesti mati. Bersyukurlah kita kerana telah hidup dengan agak lama.

(sila klik utk baca seterusnya)

Sunday, May 9, 2010

SERTAI GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM DISELURUH DUNIA.

Kebanyakan negara-negara Islam diseluruh dunia masih diperingkat baharu terlepas dari belenggu penjajahan barat. Kesan dari penjajahan begitu mendalam. Ideologi sekular (pemisahan agama dari kehidupan) yang disemai oleh penjajah telah terlekat secara mendalam dalam fikiran rakyat negara yang dijajah. Mereka begitu mengagungkan apa sahaja yang dibawa oleh penjajah barat. Dari segi bahasa misalnya, bagi yang dijajah oleh Inggeris akan mengagungkan bahasa Inggeris, yang dijajah Belanda akan mengagungkan bahasa Belanda dan yang dijajah Sepanyol akan mengagungkan bahasa Sepanyol. Begitu juga cara berpakaian dan lain-lain cara hidup telah dipengaruhi secara mendalam. Jika ada negara yang dijajah Arab, tentunya mereka akan berpakaian cara Arab.


APAKAH ITU SEKULAR

Sekular bermula di Eropah sewaktu Eropah diperintah oleh pehak gereja(golongan agama). Oleh kerana agama Kristian telah diubah kandungannya mengikut kehendak paderi, pemerintahan gereja sangat zalim, ribuan telah dihukum bunuh, menyekat perkembangan sains dan lain-lain ilmu agar gereja terus berkuasa. Sekular direka oleh golongan pekerja untuk keluar dari pemerintahan golongan agama dimana paderi berkuasa hanya keatas hal gereja sahaja dan urusan lain seperti pemerintahan, undang-undang, perekonomian, pendidikan dan lain-lain urusan hidup adalah direka sendiri oleh manusia.
klik untuk baca seterusnya

Saturday, May 8, 2010

salam

1st post