JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Wednesday, July 28, 2010

LAGI KERUGIAN - 18 Sukhoi tidak pernah terbang sekaligus.

Wednesday, 28 July 2010 00:44 Wartawan Buletin

BESUT - Lapan belas buah jet pejuang Sukhoi yang diletakkan di Kem Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak tidak pernah terbang sekaligus kerana mengalami masalah alat ganti.

Sumber dari pangkalan TUDM itu berkata, penerbangan jet pejuang yang dibeli dari Rusia itu tidak pernah mencapai sasaran yang ditetapkan sebanyak 70%.

"Hanya sekitar 40% sahaja dari 18 jet pejuang itu yang terbang pada satu-satu masa,"katanya, yang meminta identitinya dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan

Menurutnya, keajaan Malaysia melalui dua buah syarikat konsultan telah membeli pesawat tersebut dari Rusia, namun perolehan alat gantinya adalah dari pengeluar negara  lain.

Oleh itu, beliau berkata ia seringkali menimbulkan masalah kepada penyelenggaraan jet pejuang itu.

Beliau turut mendedahkan, dua buah syarikat konsultan tersebut mendapat 'komisyen' tidak kurang dari 15% ketika pembeliannya dibuat.

TUDM menandatangani perjanjian untuk membeli 18 Su-30MKM bulan Mei 2003, selepas melihat secara dekat penggunaan pesawat tersebut oleh kerajaan India. 

Dua pesawat pertama Sukhoi Su-30MKMs secara rasmi diserahkan kepada Malaysia di Irkutsk, Rusia pada 23 Mei 2007, dan kemudian tiba di pengkalan udara Gong kedak pada 21 Jun.

Malaysia mempunyai 18 Su-30MKMs dalam perkhidmatan, namun dilaporkan mempunyai masalah dengan sokongan Rusia untuk alat ganti pesawat tersebut dan terpaksa memperolehinya dari pihak lain.

Pada bulan September 2010, TUDM akan mengambil alih operasi pesawat tersebut setelah kontrak dua tahun bantuan teknikal, kejuruteraan dan penerbangan dari India dan Rusia tamat.

Pembelian Sukhoi menjadi kontroversi kerana kerajaan Malaysia membayar 18 buah Sukhoi dengan harga US$900 juta, (US$50 juta sebuah) sedangkan India membeli 40 Sukhoi dengan harga US$1.6 bilion, (US$40 juta sebuah) manakala Vietnam membeli 4 buah Sukhoi dengan harga US$100 juta. (US$25 juta sebuah).

No comments:

Post a Comment

Sila buat komen