JIKA KITA MENYOKONG SESUATU PUAK, MAKA KITA ADALAH SAMA SEPERTI MEREKA. JIKA YANG DISOKONG MELAKUKAN DOSA, KITA TURUT MENDAPAT DOSA DAN TIDAK KURANG SEDIKIT PUN.

Wednesday, July 28, 2010

FDI : Dunia hilang kepercayaan

RABU, 2010 JULAI 28

1. Perlu diinsafi bahawa merudumnya FDI [ Foreign Direct Investment ] 81% [ kini jatuh pada nilai RM 4.43 billion ] adalah berpunca dari hakisnya kepercayaan dunia kepada kualiti pengurusan dan pentadbiran negara .

2. Hilang kepercayaan adalah sebahagian daripada satu kehinaan dan malapetaka yang sedang dirasai oleh negara mutaakhir ini . Negara seperti hilang nilai jati diri sebagai sebuah negara yang berdaulat dan disegani oleh pihak lain .


Asas kepada hakisnya tahap kepercayaan dunia kepada negara kita ialah berpaksi kepada beberapa perkara seperti :

* Korupsi yang membarah
* Ketidaktelusan dalam sistem kehakiman
* Imej Perdana Menteri yang lemah
* Pemerintah yang tiada 2/3 majoriti di Parlimen
* Tahap nilai demokrasi yang luntur

3. Retorika ekonomi kerajaan yang cuba untuk mengulit atau mendodoi rakyat kononnya negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah sangat memalukan .

4. Bukan sahaja dengan indeks FDI yang merudum tetapi rakyat masih terpinga - pinga dengan langkah drastik kerajaan menaikkan harga minyak petrol , diesel , gas dan gula atas alasan pelarasan semula subsidi negara kepada rakyat .

5. Sepatutnya , jika Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat sebagaimana yang didakwa , rakyat akan mendapat manafaat atau faedah daripadanya , tetapi apa yang berlaku ialah darah dan lemak rakyat disedut rakus oleh kerajaan .

6. Saya melihat sandiwara ekonomi ini mula disedari oleh para pelabur di peringkat antarabangsa bahawa Malaysia sebenarnya sedang bergelut dengan kelembapan ekonomi yang semakin kritikal dan yang paling malang mereka sedang menyaksikan sebuah kerajaan yang rakus sedang memperdaya rakyatnya sendiri . Jika rakyat sendiri sanggup diperdaya apa jaminan para pelabur asing tidak diperdaya ?

7. Sementelah sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh mereka tidak memiliki akhlak yang menjamin tidak berlakunya penindasan dan penyelewengan . Malah terdedah kepada pelbagai wajah spekulasi yang akan mengorbankan keuntungan pelabur dalam tempoh jangka panjang . Tentunya para pelabur bukan sahaja takut kepada kerugian yang sememangnya telah menjadi risiko kepada sesuatu pelaburan yang dilakukan tetapi yang lebih perit ialah berhadapan dengan manipulasi dan spekulasi yang wajar .

8. Sebab itulah kita menyeru supaya kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan BN agar menerima Islam atau kembali kepada sistem syariat Islam agar mampu mengembalikan semula izzah bersama ketinggian akhlaknya.

9. Saya yakin , kemuliaan dan ketinggian akhlak Islam yang berpaksi kepada iman dan taqwa akan memahat kembali keyakinan bermuamalah [ urus niaga ] di semua peringkat dan sekaligus boleh mengembalikan kestabilan ekonomi dan akhirnya memulangkan faedah yang lumayan buat rakyat .

10. Negara kita bukanlah miskin sehingga terpaksa mengemis kepada pihak pelabur atau mana - mana pihak kuasa ekonomi antarabangsa justeru negara kita mempunyai hasil mahsul dan sumber yang banyak dan mencukupi .
Tetapi malang pengurusan yang salah dan berlandaskan nafsu rakus individu tertentu akhirnya mempamerkan kepada dunia betapa kekayaan Malaysia hanya berlegar pada kelompok tertentu .
Fenomena ini mencetus rasa tidak puas hati dan penentangan dari rakyat marhain lantas menimbulkan pula satu persekitaran politik dan ekonomi yang tegang serta terancam dan ini turut menggusarkan para pelabur .


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,

No comments:

Post a Comment

Sila buat komen